Friday, 15 November 2013

PROFOMA KURSUS TEKNOLOGI PENDIDIKAN SESI 2013/14

1.0       Hasil Pembelajaran/Learning Outcomes

Di akhir kursus, pelajar mampu:

  • Berkeuapayaan menerangkan konsep dan komponen-komponen teknologi pendidikan.
  • Berkeupayaan menyenaraikan komponen-komponen teknologi pendidikan.
  • Berkeupayaan mengaplikasikan penghasilan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Berkeupayaan menilai keberkesanan bahan bantu pengajaran dan pengajaran.


2.0       Sinopsis

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan serta latihan amali yang meliputi aspek konsep, peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan. Pelajar juga didedahkan tentang prinsip-prinsip penyediaan, penggunaan, pemilihan dan penilaian media pengajaran, serta perancangan pengajaran berpandukan Teknologi Pendidikan yang merangkumi aspek pendekatan sistem, kepelbagaian media dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan. Aspek penerbitan, grafik dan penghasilan media seperti bahan bercetak, bahan dua dan tiga dimensi, transperansi, fotografi, filem slaid, audio, video dan sebagainya bagi tujuan pengajaran-pembelajaran diberi penekanan. Di samping itu juga, pelajar didedahkan dengan isu-isu semasa dan inovasi dalam Teknologi Pendidikan. Kursus ini dikendalikan secara kuliah, tutorial, latihan amali aplikasi bahan sumber media dan tugasan individu.

Synopsis

This course provide knowledge and practical exercises which covers the concept, role and the importance of Educational Technology. Students will be exposed to the principles of preparation, utilization, selection and evaluation of instructional media, and also lesson planning based on Educational Technology which comprises the aspects of system approach, various media and the development of Information and Communication Technology (ICT) in education. The focus is also on the aspects of  production of graphics and  media such as print, 2D and 3D materials, transparency, photography, film slides, audio and video for teaching and learning. Also, students will be exposed to current issues and innovation in Educational Technology. This course is conducted through lecture, tutorial, media resource materials application practice and individual tasks.



3.0       Rujukan

Jonassen, D.H. 2009. Computers as mindtools for schools: engaging critical thinking. (3rd ed.) New Jersey: Merrill-Prentice Hall.
Mohd. Arif Ismail & Rosnaini Mahmud.  2008.  Integrasi ICT dalam Pembestarian Sekolah.  Bukit Kiara, Kuala Lumpur: BTP.
Newby, T.J., Stepich, D.A. & Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2008. Instructional technology for teaching and learning: designing instruction, integrating computers and using media. New Jersey: Prentice-Hall.
Smaldino, S.E., Russell, J.D., Heinich, R. Molenda, M. 2011. Intructional Media and Technologies for Learning. Edisi ke-8. New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Shelley, Cashman, Gunter & Gunter. 2009. Integrating Technology in the Classroom. 3rd Ed. Boston: Thompson Course Technology.







4.0       Jam Pengajaran  dan Pembelajaran

Aktiviti
Jumlah Jam
Kuliah
14
Tutorial
28
Tugasan Individu
18
Tugasan Kumpulan
36
Pembelajaran Individu
22
Peperiksaan
02
Jumlah
120



5.0       Pelaksanaan & Jumlah Jam notional

Minggu
Topik
Kuliah
Tutorial
Tugasan
1
Orientasi struktur kursus

3
0
0
2
Pengenalan kursus dalam talian Definisi & konsep
3
0
0
3
Perancangan Sistematik Dalam Penggunaan & Penilaian Media
1
2
0
4
Teknologi Web dalam media pengajaran
1
2
0
5
Reka bentuk Media dan bahan pengajaran
1
2
0
6
Prinsip Grafik

1
2
2
7
Audio

1
2
2

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 



8
Video Dalam Pendidikan

1
2
2
9
Fotografi Dalam Pendidikan

1
2
2
10
Integrasi bahan bantu mengajar

1
2
2
11

Pembentangan Projek Kumpulan
0
3
2
12

Pembentangan Projek Kumpulan
0
3
2
13

Pembentangan Projek Kumpulan
0
3
2
14
Refleksi  & Kesimpulan

0
3
2

TOTAL
14
28
18








































6.0       Mod Penilaian/ Evaluation Mode

Item
Peratus/percentage
Tugasan Individu
   
40
Tugasan Kumpulan

30
Peperiksaan Akhir

30
Jumlah
100


Nota:
Lihat rubrik penilaian di lampiran A ,B dan C



7.0       Perancangan Kandungan Kursus



Minggu


Topik

Pensyarah

Aktiviti
1

Orientasi struktur kursus
·   Jangkaan kursus secara dalam talian.
·   Pendaftaran dan muatturun struktur kursus/bahan kuliah/ tutorial dalam talian melalui sistem ifolio

Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman
·Pendaftaran  kumpulan tutorial secara manual di dewan kuliah
·Perbincangan dalam talian
·Penghasilan biodata pelajar dan dihantar melalui email kepada tutor masing-masing.
2


Pengenalan kursus dalam talian

·    Definisi & konsep
·    Teknologi
·     Pendidikan
·    Teknologi Instruksional

Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman

·   Pengesahan pendaftaran  kumpulan tutorial melalui email.
·   Perbincangan dalam talian
·    Kuliah/aktiviti berdasarkan posting atau tajuk kuliah.

3

Perancangan Sistematik Dalam Penggunaan dan Penilaian Media

Model Pengajaran ASSURE

Pn. Fariza Khalid


·   Tutorial 1 bermula
·   Membina bahan bantu mengajar bukan elektronik
·   Tugasan individu

4

Teknologi Web dalam media pengajaran

Integrasi web dalam blog pengajaran dan pembelajaran

-integrasi audio, video dan grafik dalam blog
-membina laman tetap
-membina senarai kategori posting
-membina senarai pautan luar

Pn. Fariza Khalid

·   Integrasi aplikasi web dan blog
·   Tugasan individu
·   Audio Elements
·   Video Elements
·   Graphic dan Fotografi
·   Digital Album – Picasa, Flickr dll
·   Facebook dll pelantar aplikasi rangkaian sosial

5
Reka bentuk Media dan bahan pengajaran - Penilaian keperluan (Needs assessment), analisis matlamat (goal analysis) dan analisis pelajar serta konteks (learner and context analysis)




Reka bentuk, pembangunan dan penilaian media pengajaran

·      Aplikasi pengajaran
·      Lawatan
·      Bahan bercetak
·      Bahan percuma dan murah
·      Bahan paparan


Pn. Fariza Khalid
·   Perbincangan untuk mengenalpasti tajuk bahan bantu mengajar samada elektronik dan bukan elektronik yang perlu dibuat oleh pelajar untuk tugasan individu  dan tugasan kumpulan
·   Pembentangan kumpulan ke atas apa yang telah dibincangkan
·   Tugasan individu
6
Prinsip Grafik
·      Peranan grafik dalam pengajaran
·      Matlamat rekabentuk grafik
·      Proses rekabentuk grafik

En. Md. Yusuf Daud


·   Membina bahan mengajar bukan elektronik/bukan elektronik
·   Tugasan individu

7
Audio
·      Membina kemahiran mendengar
·      Memilih bahan audio
·      Menggunakan bahan audio
·      Perisian Penyunting audio

En. Md. Yusuf Daud


·   Membina bahan bantu mengajar elektronik/bukan elektronik
·   Tugasan individu



CUTI PERTENGAHAN SEM               



8
Video Dalam Pendidikan
·      Format Video
·      Ciri-ciri khas video
·      Perisian Penyunting Video
·      Integrasi


Mejar Mohd Jasmy  Abd Rahman
·   Membina bahan pengajaran hasil lawatan
·   Menyiapkan tugasan kumpulan – video, grafik, fotografi, audio dll

9
Fotografi Dalam Pendidikan
·      Jenis-jenis kamera
·      Jenis-jenis lensa
·      Teknik mengambil gambar
·      Penyuntingan gambar untuk pengajaran dan pembelajaran


Mejar Mohd Jasmy  Abd Rahman


·   Membina bahan pengajaran hasil lawatan
·   Menyiapkan tugasan kumpulan – video, grafik, fotografi, audio dll

10
Integrasi bahan bantu mengajar dalam menggunakan perisian persembahan elektronik  seperti Power Point – Teknik Casper



Pn. Fariza Khalid
·   Mengintegrasikan tugasan kumpulan – video, grafik, fotografi, audio dll dalam power point atau perisian persembahan lain

11
Sumber Teknologi Maklumat dalam  pengajaran


Pn. Fariza Khalid
·   Mengintegrasikan bahan pengajaran hasil lawatan ke Pusat Sumber dalam tugasan kumpulan

12

Integrasi bahan bantu mengajar dalam pengajaran I

En. Md. Yusuf Daud


·     Pembentangan tugasan kumpulan
13

Integrasi bahan bantu mengajar dalam pengajaran II

En. Md. Yusuf Daud

·     Pembentangan tugasan kumpulan

14

Refleksi  dan perbincangan dalam kursus

Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman

·     Pembentangan tugasan individu


No comments:

Post a Comment