Sunday, 8 December 2013

ALAT BANTU MENGAJAR YANG BAIK!!

SALAM pendidik....

pada entri kali ini cikgu muni akan menaip pula, selalu nye gambar ABM je kan..hihi...
kali ini cikgu muni akan menceritakan tentang alat bantu mengajar yang baik untuk digunakan...lebih kepada ciri-ciri ABM lah.....

tapi mula-mula cikgu muni nak story pasal ini dulu.....

Suatu ketika dahulu, cikgu muni selalu fikir kenapa seseorang cikgu kena belajar sehingga pHd kalau dia akan mengajar budah sekolah rendah or sekolah menengah sahaja. Sekarang, guru tadika pun paling kurang nakkan ijazah. Mungkin cikgu muni terlalu tidak matang ketika itu. Masih kanak-kanak riang yang suka main galah panjang kat padang di kampung. Selalu nampak luaran sahaja. Selalu nampak yang dah berjaya.

Apa cerita perkara yang tersembunyi? Apa kes dengan belajar sampai pagi untuk belajar? Tak tahu.


Sekarang, apabila cikgu muni belajar untuk menjadi seorang guru, cikgu muni mula sedar. Menjadi seorang guru bukanlah semata-mata mengetahui segala butir dan fakta atau segala jenis ilmu yang lain. Yang paling penting, guru yang baik mestilah tahu bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan apa sahaja yang diketahuinya, apa sahaja fakta di mindanya, kepada para pelajarnya, supaya mereka boleh menggunakan ilmu itu dalam kehidupan seharian mereka. Jujurnya, proses mempelajari cara untuk mengajar bukanlah satu perkara yang mudah seperti kursus-kursus yang lain.

Macam-macam theory, pelbagai kajian, beribu kata-kata falsafah tercipta dalam proses manusia mencari cara, kaedah, teknik, taktik dan metode yang terbaik untuk membolehkan para pelajar mudah menyerap segala ilmu yang mereka perolehi daripada guru. Antara perkara yang nampak remeh, tetapi sangat membantu dan penting adalah, penggunaan alat bantu mengajar. Membina alat bantu mengajar adalah salah satu cara yang dipercayai boleh membantu para guru memberi ilmu kepada pelajarnya.

Pada cikgu muni sendiri, alat bantu mengajar adalah peralatan atau bahan yang digunakan untuk membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bersama para pelajar untuk menyampaikan ilmu dan sepatutnya memudahkan para pelajar menerima ilmu yang diberikan itu. 


                  "Apabila alat yang dikatakan alat bantu mengajar itu tidak dapat memudahkan para pelajar, malah lebih menyusahkan, maka ia bukanlah alat bantu mengajar dan boleh dibuang di dalam tong sampah."

Tidak semestinya alat yang kita susah payah reka itu berjaya menjalankan fungsinya dengan baik sebagai alat bantu mengajar kerana alat bantu mengajar bukanlah tentang kecantikannya, tetapi fungsinya. Bagaimanapun, rupa parasnya sudah pasti adalah satu kelebihan.



Alat Bantu Mengajar, Kegunaan Alat Bantu Mengajar, Definisi Alat Bantu Mengajar, Ciri-ciri alat bantu mengajar yang baik.


CIRI-CIRI YANG PATUT ADA PADA ALAT BANTU MENGAJAR

  • Berfungsi dengan baik untuk membantu para guru mengajar dan para pelajar belajar
  • Berjaya menarik perhatian para pelajar untuk menggunakannya
  • Tidak membahayakan para pelajar; bucu sepatutnya dipotong membulat.
  • Boleh disentuh dan digunakan oleh pelajar kerana mereka akan bersifat ingin tahu.
  • Mempunyai ciri-ciri fizikal yang sesuai; warna sepatutnya terang, huruf dan gambar perlu besar dan sebagainya
  • Tahan lama dan sentiasa relevant untuk digunakan selagi masih boleh digunakan;
  • Boleh digunakan oleh ramai pelajar dalam satu masa, sebaiknya sekelas.
  • Mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana oleh guru; saiz sederhana, ringan
  • Mudah dihasilkan oleh guru
  • Tidak menelan belanja yang besar.


Satu tip yang cikgu muni rasa berguna bagi guru yang dalam proses mencari idea membina alat bantu mengajar adalah meletakkan diri dalam situasi para pelajar. 
  • Sila tanya diri sendiri, kalaulah aku pelajar;
  • adakah aku akan faham perkara ini dengan alat bantu mengajar ini?
  • adakah aku berminat dengan alat bantu mengajar ini?
  • adakah aku rasa tertanya-tanya atau teruja dengan alat bantu mengajar ini?
  • adakah aku akan menjaganya dengan baik jika guru membenarkan aku menggunakannya?
  • adakah alat bantu mengajar ini akan kekal lama, sekurang-kurangnya dua tahun?

Semoga entri ini membantu para bakal guru yang dalam usaha membina alat bantu mengajar yang baik. Semoga alat bantu mengajar yang dihasilkan akan dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Semoga para pelajar kita akan menyukai dan belajar dengan lebih baik menggunakan alat bantu mengajar yang kita hasilkan. Amiiin.

















No comments:

Post a Comment