Apa itu Autisme??
Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa
Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Justeru itu,
kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya
sendiri".
Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam
perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang
berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk
kecacatan mental.
autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi
semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian
bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak
daripada kanak-kanak perempuan.
autisme dapat dikesan pada peringkat awal ketika waktu
perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak autisme akan memencilkan diri dan
mempunyai masalah pembinaan hubungan social dan emosi dengan orang lain. Mereka
tidak dapat memahami apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan apa yang
mereka lihat.
Kanak-kanak autisme sering memaparkan ciri-ciri yang
berikut:
- kurang atau tiada kontak mata
- kurang ekspresi muka
- tidak berkongsi kegembiraan atau minat dengan orang lain
- lambat atau tidak ada perkembangan bahasa sejak lahir
- mengulang kata-katanya secara berulang kali
- kurang bermain permainan yang melibatkan variasi, bermain berpura-pura (seperti bermasak-masak) atau permainan meniru gejala berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya
- mempunyai keasyikan yang teramat terhadap minatnya sehingga menjadi stereotaip dan terhad
- tidak suka perubahan terhadap kegiatan rutin
- melakukan perbuatan atau gerakan yang sama secara berulang kali seperti bergoyang-goyang, mengepak tangan dan berputar-putar
- mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek yang tertentu
Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili
Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza.
Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau
keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).
Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
- Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
- Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
- Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down
further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)
Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme,
namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam
kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.
Terdapat tiga jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak
Autisme:
1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi
sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang
dan obsesi melampau.
2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam
autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak
mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah
autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa
yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti
anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila
nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi.
Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang
lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti
intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila
bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya.
Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain.
Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang
seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih
merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat
bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka
lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka
sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’.
Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk
berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang
menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan
mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka.
Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun
mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat
sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak
mahu dirangkul atau dipeluk.
No comments:
Post a Comment