Sunday, 29 December 2013

SINDROM TOURETTE


Tourette syndrome (TS) adalah salah satu ketidakupayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini. Ramai yang tidak mengetahui apakah TS dan apakah ada rawatan untuk mereka yang mengalaminya. Tanpa kita sedari ada insan disekeliling kita merupakan penghidap TS.

TS adalah gangguan pada saraf otak (neurological) yang mengakibatkan berlakunya tingkah-laku, perbuatan atau kata-kata diluar kawalan, tidak disengaja atau berulang-ulang yang dikenali sebagai tics (US National Institutes of Health).

TS adalah keadaan yang mempengaruhi sistem saraf utama dan menyebabkan tics. Tics merupakan sentakan/ kekejangan, pergerakan atau bunyi-bunyian yang tidak sengaja dilakukan oleh manusia. Terjadinya TS apabila seseorang itu mempunyai dua tics iaitu yang mempengaruhi pergerakan badan dan bunyi (Kids Health Organisation).

Tics di definasikan sebagai pergerakan atau pertuturan yang berlaku secara spontan, pantas, tanpa sebab, berulang kali dan diluar kawalan seseorang (American Academy of Family Physicians).

Sejarah berkaitan TS menerangkan bahawa kelaziman penyakit ini terjadi antara 5 hingga 10 orang dikalangan 10,000 orang. Ia juga dikatakan jarang berlaku dalam masyarakat. Walaubagaimanapun kajian baru-baru ini menyaksikan bilangan penghidap penyakit ini kian bertambah dan pastinya penyakit ini tidak akan menjadi suatu yang jarang lagi dikalangan masyarakat.

Pelbagai kajian dilakukan semenjak tahun 2000 menyaksikan penyakit ini yang terjadi diantara 1 – 3 daripada 1000 orang sebelum ini meningkat kepada 10 daripada 1000 orang. Manakala kadar kelaziman TS di Amerika ialah 1 in 1,000 or 0.10% or 272,000 orang (American psychiatric Association).
Sindrom ini terjadi dalam semua masyarakat, bangsa, etnik dan agama. Golongan lelaki lebih banyak menghidapi penyakit ini berbanding wanita dengan perkiraan 3 hingga 4 kali berbanding wanita.

TS ini bermula sebelum umur 18 tahun dan kebiasaannya terjadi antara umur 5 hingga 7 tahun. Namun berita baik buat pesakit ini ialah mereka akan bertambah baik apabila meningkat dewasa. Disebabkan penyakit ini juga mereka tidak semestinya mempunyai jangka hidup yang singkat.
Walaubagaimanapun, penghidap TS mungkin boleh mendapat penyakit lain seperti attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), obsessive-compulsive disorder (OCD) atau trouble learning (Ronan O’Brien).



PUNCA-PUNCA PENYAKIT

Penyebab berlakunya TS masih tidak lagi diketahui puncanya. Namun terdapat beberapa kajian daripada pakar-pakar perubatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor menyumbang kepada punca penyakit ini iaitu :

i) Faktor Genetik: sejak tahun 1980 lagi menunjukkan banyak kes berkaitan TS disebabkan factor genetik atau keturunan. Hasil kajian tentang genetik kekeluargaan pada peringkat awal telah merumuskan bahawa akan berlaku salinan gen yang tidak sempurna dan akan diturunkan dari salah satu orang tua kepada pewarisnya yang amat berisiko untuk mengidap TS.

ii) Faktor awal kelahiran / masalah kelahiran: ada beberapa pendapat menyatakan
bahawa kanak-kanak yang mengalami TS besar kemungkinan pernah mengalami kesukaran ketika kelahiran atau ibu mereka telah mengalami kehamilan yang bermasalah. Walaubagaimanapun masih belum terdapat kajian yang mencukupi untuk membuktikan sekiranya ada sebarang asas perubatan yang menyokong hipotesis ini (Hillary Box, 2008).

iii) Faktor Usur Abnormal: bahagian otak pengidap TS iaitu bahagian Ganglia basal, Lobes depan dan Cortex berlakunya unsur abnormal. Selain dari bahagian yang disebut, unsur abnormal juga dapat dikesan pada saraf yang menyambungkan otak pengidap serta bahagian neutritransmiter (Dopamine, Seroyanin dan norepinephre) yang mempunyai fungsi untuk berintraksi dan berkomunikasi di antara sel saraf.



SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT

Untuk mengenal pasti sindrom ini, gejala-gejalanya adalah tics. Tics terbahagi kepada dua iaitu tics motor dan tics vokal atau phonic. Pesakit TS kebiasaannya akan mula mempunyai simptom tics sederhana dahulu sebelum berubah kepada tics kompleks.
Berdasarkan kajian dilakukan oleh American Academy Psychiatric Assosiation (AFPA), beberapa jenis tics telah dikenalpasti berlaku kepada pesakit TS iaitu:

JENIS-JENIS TICS YANG DIHIDAPI OLEH PESAKIT TOURETTE SYNDROME
Jenis-jenis Tics

  • Tics Motor
  • Tics Vocal / Phonic
  • Kerlipan mata
  • Membunyikan tekak
  • Memusingkan biji mata
  • Mendengus
  • Mengangkat bahu
  • Menjerit atau memekik
  • Kepala tersentak-sentak
  • Menghidu dengan kuat
  • Mulut terbuka
  • Menyalak
  • Mengepak tangan
  • Menghembuskan nafas
  • Memek muka
  • Batuk
  • Menggerakkan hidung
  • Meludah
  • Menjilat bibir
  • Mendecit
  • Menjulingkan mata
  • Bersiul
  • Memusingkan kepala
  • Bunyi seperti hon
  • Ketegangan otot
  • Ketawa
  • Membengkokkan jari
  • Sedu
  • Menendang sedikit
  • sendawa
  • Menarik baju
  • Bunyi seperti haiwan
  • Menyentuh orang lain
  • Nada & volume suara berubah
  • Menyentuh benda lain
  • Gagap
  • Menghidu jari
  • Mengulangi perkataan
  • Menghidu objek
  • Bercakap sorang diri
  • Melompat atau meloncat
  • Meniru bunyi / intonasi
  • Mencucuk
  • Berkata lucah
  • Menumbuk
  • Palilalia: mengulangi perkataan sendiri atau atau mengulangi bunyi sendiri.
  • Menendang
  • Mencium diri
  • Mencium orang lain
  • Tangan menggelupur
  • Coprolalia: menyebut perkataan lucah atau perkataan yang dilarang dalam masyarakat.
  • Berpusing sekeliling
  • Ketegangan sekumpulan otot
  • Pergerakan menikam
  • Memutarkan rambut
  • Echopalia: menyebut perkataan dan bunyi orang lain.
  • Berjengket
  • Menggoyangkan kaki
  • Mencubit



CIRI-CIRI PESAKIT TOURETTE SYNDROME

Diagnostik ciri-ciri TS daripada American Psychiatric Association: Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 4th Edition DSM-IV-TR (307.23):

i) Pergerakan tic motor yang cepat, berulang-ulang, secara tidak sengaja, berlaku dengan sendirinya disebabkan pelbagai pelbagai kumpulan otot.
ii) Penyakit ini bermula sebelum usia 18 tahun. Kebiasannya pada umur antara 6 – 7 tahun.
iii) Pelbagai vokal tics ( merungut, menyalak, mengerang, menjerit di khalayak ramai dengan perkataan atau kata-kata yang tidak sopan).
iv) Kebolehan untuk menahan pergerakan dan bunyi-bunyian yang secara sengaja untuk beberapa minit kepada jam.
v) Perubahan dalam pengamatan simptom-simptom ini lebih dari seminggu atau sebulan. Tempoh berlakunya simptom-simptom melebihi satu tahun dengan berlakunya tic selama lebih dari tiga bulan.


STRATEGI PENDIDIKAN

Pada dasarnya penyakit TS tidak mengganggu IQ pesakit. Namun pesakit tetap mengalami gangguan belajar seperti membaca, menulis dan mengira. Antara kaedah terbaik yang boleh digunakan dalam strategi pendidikan pesakit TS ialah:

i) Menyediakan kelas khusus pesakit TS: ini kerana sikap toleransi dan belas kasihan dari guru amat diperlukan dalam mendidik pelajar ini ( Medicine.net)
ii) Menggalakkan pesakit aktif dalam aktiviti berfaedah seperti bersukan, bersenam dan mengikut hobi kesukaannya. Ini akan membuatkan mereka leka dan fokus mental serta kekuatan tenaganya, maka tics akan berkurangan dan tidak kerap berlaku. Contoh pemain sukan terkenal yang mengalami tourtte sindrome ialah Tim Howard dan Mahmoud Abdul-Rauf.
iii) Fokuskan minda pesakit TS Seperti menulis, melukis & mencipta muzik. Ini akan membina kemahiran mereka selain mengasah bakat dan membuatkan mereka lupa pemyakit mereka sendiri. Contoh: Mozart & Samuel Johnson. Kids Health Organisation).
iv) Menggalakkan kelas membincangkan tentang TS: guru seharusnya menggalakkan perbincangan dengan murid tentang TS. Suruh murid yang mengalami TS membuat persembahan tentang apakah itu TS. Selain membina keyakinan diri pesakit, ia juga mampu membuatkan pelajar lain Fam. Dan kurang mengganggu murid TS ini lagi.
v) Membenarkan pesakit TS keluar kelas: guru boleh bersikap toleransi dengan murid yang mempunyai TS untuk keluar dari kelas jika penyakit menyerang. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan gangguan ketika pembelajaran malah dapat mengurangkan tekanan dan keresahan pesakit ini.
vi) Menyediakan masa tambahan: murid yang mengalami TS seharusnya diberikan masa tambahan dalam pembelajaran berdasarkan kesukaran mereka untuk membaca dan menyalin apa-apa nota atau tugasan. Guru boleh memberikan mereka tempoh tugasan lebih lama dan dalam proses pembelajaran, mereka diberikan masa yang lebih lama untuk berfikir tentang soalan yang diberikan.
vii) Mencuba penyelesaian kreatif: disebabkan tics yang kerap berlaku, maka seringkali pembelajaran pesakit TS terganggu. Maka penggunaan komputer untuk menyalin nota, atau rakaman suara guru dapat embantu mereka dari ketinggalan dalam sesi pengajaran. Guru juga boleh meletakkan murid TS di tempat duduk belakang supaya mereka tidak mengganggu rakan yang lain.

viii) Menggalakkan kefahaman sosial melalui game TS: ini salah satu cara memperkenalkan masyarakat dengan gejala TS dan mereka tidak memandang remeh terhadap pesakit ini.







1 comment:

  1. Coin Casino | Sign up for a $50 free bonus and get 100 free
    Join the 제왕 카지노 Casino Rewards Club and play online casino games like blackjack, roulette, baccarat, live dealer and much 인카지노 more! Rating: 4.6 · ‎Review by 1xbet korean CasinoRewards

    ReplyDelete