Apakah itu HIPERAKTIF atau "ADHD"?
Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak
yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif.
Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh
profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih
serius dan berpanjangan pada kanak-kanak.
Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama
sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada
ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh
dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti
kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu
lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.
Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD
dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di
setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki
berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa
hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak
didiagnosa dengan tepat.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya
mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakanibu bapa menegaskan
masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda. ADHD
dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak
dibawa ke alam dewasa.
Apakah tanda-tanda ADHD
Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat
dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran
seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :-
1. Hiperaktiviti
- Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk
- Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
- Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok
- Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
2. Tempoh tumpuan yang singkat
- Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
- Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
- Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
- Selelu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)
- Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
- Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan
3. Tingkah laku impulsif
- Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
- Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
- Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan
Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di
sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan
anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak
yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada
kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus
berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka
hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka
bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap
pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian
selanjutnya.
CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK HIPERAKTIF
Begitu juga dengan tingkahlaku kanak-kanak hiperaktif,
terdapat pelbagai ciri-ciri yang telah dikenalpasti. Ciri-cirinya adalah :
- Suka memberontak
- Bertindak sebelum berfikir
- Memerlukan kepuasan dengan segera
- Tidak boleh menunggu giliran
- Suka mengganggu kawan
- Suka mencuri
- Sentiasa bermasalah
- Selalu merosakkan harta benda orang
- Selalu bergaduh dengan rakan
- Kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain
- Suka membuat bising
- Perlakuan secara tiba-tiba
- Degil dan sukar dikawal
- Lemah merancang
- Perlukan perhatian yang lebih
- Tidak suka dengar nasihat
- Tidak tahu mempertahankan diri
- Selalu tukar aktiviti
- Tidak suka dibelai
- Suka menjerit
- Sensitif terhadap bau-bauan
- Suka bermain tanpa mengira bahaya.
Bolehkah gangguan lain mengiringi ADHD?
ADHD sukar hendak didiagnosa kerana ADHD kerap disertai
dengan masalah-masalah lain.
Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global
(misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik.
Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak
menghadapi masalah untuk menguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu
misalnya membaca dan matematik.
Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan
menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada
hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan
terpaksa meluahkan emosi mereka.
Masalah ADHD :
- Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.
Apakah yang boleh disalah tafsir sebagai ADHD?
- Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain
- Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis “petit mal”
- Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali
- Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan
- Menghadapi masalah di rumah
Punca ADHD
Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat
dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang
pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
- Menonton televisyen
Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin
menjadi punca ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke
hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak
mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.
Diagnosis dan rawatan ADHD
Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada
seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang
boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan
perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti
corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan
mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu
bapa dan guru sekolah.
Kerapakali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan
multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan.
Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi
tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD
menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak
hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak
akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru.
Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain,
berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu
mengawal diri sendiri.
Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah
methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka
bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4
jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada
setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Kesan sampingan yang
biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera
makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk,
sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput.
Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos
yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan.
Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD.
Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan
pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao
dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.
Bolehkah ADHD sembuh?
Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru,
para doktor, kanak-kanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau
hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku
hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau
senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi
mereka kebebasan bergerak.
Walaupun sebahagian kanak-kanak ADHD akan terus menunjukkan
tanda atau masalah sehingga dewasa namaun dengan menjalani rawatan perubatan
dan terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa.
Cara - cara rawatan
(1) Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor
untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan
Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidakberpanjangan . Sebaik
sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik . Kadang kala
rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif .
(2) Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural
Modification ) ; lebih berkesan , tetapi cara -caranya.Perlulah ditunjukkan
oleh pakar psikologi , supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Teknik
ini perlu diikuti selalu .
(3) Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran
(educational approach ) ; dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak
-kanak ini ; dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian
terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka.
Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan
pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang
hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada
kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya
dirawat dengan cara kedua sahaja .Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif
boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan
pengawetan . Bagi kes seperti ini dikenal pasti dan diketepikan .
No comments:
Post a Comment